Hallooo... dan salam March buat semua...
Penulisan kali ini menceritakan pengalaman saya ke negara China iaitu Beijing. Ini adalah kali ketiga saya melancong kesana selepas ke korea dan Paris pada tahun 2013. Menariknya kali ini saya, saya telah pergi bersama keluarga dan tiga orang kawan saya. Jadi agak happening sikit laaa. Jom saya ceritakan serba ringkas pengalaman saya disana, dan Insyaallah boleh menjadi panduan buat para pembaca yang berhajat untuk melancong ke Beijing.
Hari pertama.
Untuk pengetahuan semua, saya ke Beijing menaiki Air Asia X. Dengan harga serendah RM1200. Perjalanan menaiki Air Asia X memang memenatkan. Kerusi agak sempit, makanan terhad, NO entertainment... hurrmmm sesuai lah dengan bajet flight. So, jangan nak demand sangatla ye...hehehe
Bertolak dari KL jam 7.00 pm dan sampai di Beijing jam 1.00 am. Fuhh.. memang penat. Almost 6 hours dalam flight. Bangun tidur... Last-last sampai jugak kami ke Beijing. Oh ya, kami ke Beijing pada musim sejuk, dalam bulan November 2013. Memang sejuk gilerrr... Bila sampai di Beijing memang sah la kene pakai baju winter, memang tebal. Suhu di Beijing memang luar biasa.. dan bagi saya, ia memang extreme.
Hari kedua.
Tidur dalam beberapa jam sahaja.. Pagi kami memulakan hari dengan melawat tempat-tempat menarik di Beijing. Oh ya, kami tinggal di Hotel Long Ding Hua. Ia antara hotel yang halal di Beijing. Jadi, tak payahla risau tentang sarapannya.. Memang halal.
Pagi tu kami persepakat pergi ke Tianmen Square & Forbidden City. Dua tempat itu terletak di Pusat Bandaraya Beijing. Penduduknya hampir 20 juta. Tianmen Square merupakan bandar besar yang berada di tengah-tengah Beijing, China. Tianmen Square dinamakan selepas pintu Tiananmen ( Gate of Heavenly Peace ) yang terletak ke utara yang memisahkan ia dari bandar Kota Larangan ( Forbidden City ). Ia juga menempatkan makan Ma Zhou Tong iaitu penggasas komunis di China Selepas itu, kami mula masuk ke Kota Larangan ( Forbidden City ). Saya suka dengan istana tu, sebab ia unik dan cantik. Kota Larangan ini berusia ribuan tahun.. Wow.. Ia juga menempatkan gundik maharaja China.
Selepas itu, kami pergi menikmati makanan tengahari di restoran Halal. Makanan cina di China memang berbeza dengan makanan cina di Malaysia. Selepas makan, kami semua pergi ke Masjid Niujie untuk memunaikan solat. Masjid di China memang unik. Ia seperti rumah tradisional China. Tapi apa yang tak tahan, tempat ambil wuduk diluar memang sejuk.. Dan selepas solat, kami pergi membeli belah di pasaraya.
Hari ketiga.
Pada hari ketiganya pulak, kami pergi melawat Great Wall atau melayunya Tembok Besar China. Memang teserlah kebesarannya. Memang tidak dinafikan, ia merupakan ciptaan manusia yang amat luar biasa. Tembok Besar China dikatakan panjangnya melebihi 1000km. Saya berfikir bagaimana pahlawan China dahulu boleh membina temboh yang sebegitu rupa.. Memang manajubkan. Tembok Besar China juga menjadi ikon utama bagi negeri China.
Dan apabila dilihat daripada bulan, ia ibarat seekor naga yang merentasi gunung ganang. Memang penat giler tahap gaban la bila nak sampai ke atas. Tapi, bila tibanya sampai di astas semua keletihan memang berbaloi dan keletihan tidak terasa sama sekali.. Fuhh Subhanallah... memang menabjukkan dan teserlah kaindahan ciptaan Illahi.
Sebelum pulang ke hotel, kami sempat makan malam terlebih dahulu. Musim sejuk malamnya agak cepat. Dalam sekitar 5pm dan gelap seperti 8pm. Jadi kami makan malam dala sekitar pukul 6pm dan pulang ke hotel sekitar pukul 7pm.
Hari keempat.
Panda Zooo.. Yes. Akhirnya hari keempat dapat bertemu dengan panda. Ia merupakan ikon kepada China dan ia merupakan beruang yang hampir pupus di dunia. Semasa di Panda Zoo, kami diiringi seorang guide yang akan menunjukkan panda-panda dan kawasan-kawasan kepada kami. Menurut guide kami, panda ni mamang suka makan buluh. Dah lah suka makan buluh jer, memilih pulak tu.. Nsk buluh dari Sichuan sahaja. Mungkin rasa buluh dari Sichuan lagi sedap kot berbanding buluh-buluh yang lain..
Tidak dinafikan, panda merupakan binatang yang amat comel.. Dalam hati nak je bawa balik buat haiwan peliharaan..urmm.. Comel tu memang comel, tapi hakikatnya panda merupakan seekor beruang dan ia boleh mengganas bila-bila sahaja..
Kami melawat panda tidak sampai 30 minit. Selepas itu, kami pergi makan dan pergi shopping sikit-sikit ke Pusat Sutera & Jade. Biasanya, kalau nakkan barang murah di Jade la tempat yang paling ideal untuk bershopping.
Hari kelima.
Hari terakhir sebelum berangkat pulang. Kami check-out sekitar pukul 12pm, dan terus manikmati makan tengahari di restoran halal. Suasana di lapangan terbang Beijing tak la sehebat dan sebesar KLIA ianya kerana tak banyak tempat yang boleh kita pergi.. Redho je la.. Alhamdulillah, dalam pukul 12pm segala urusan check in telah selesai dan kami bertolak pulang ke KL dalam sekitar jam 1pm. Dan akhirnya, kami sampai dengan selamatnya di LCCT sekitar jam 7pm.